Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أَمَّ قَوْمًا وفيهم مَن هو أَقْرَأُ لكتابِ اللهِ منه لم يَزَلْ في سِفَالٍ إلى يومِ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menjadi imam bagi suatu kaum sedangkan dalam kalangan mereka itu ada orang yang lebih mahir membaca al-Quran daripadanya, nescaya dia kekal dalam kehinaan sehingga hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 362, hadis no. 1928. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر- رضي الله عنهما -، مرفوعا: «من أم قوما وفيهم من هو أقرا لكتاب الله منه لم يزل في سفال إلى يوم القيامة». [طس، عد، ابن السماك في «الأمالي»، «الضعيفة» (1415)].
(Terlalu Daif) Daripada Ibnu Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang menjadi imam bagi suatu kaum sedangkan dalam kalangan mereka itu ada orang yang lebih mahir membaca al-Quran daripadanya, nescaya dia kekal dalam kehinaan sehingga hari kiamat". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Ibnu 'Adi dalam al-Kamil dan Ibn al-Simak dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1415].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman