Sesiapa yang menisbahkan dirinya kepada sembilan orang bapa yang kufur hendakkan dengan mereka kemegahan dan kemuliaan

TEKS BAHASA ARAB

من انتسب إلى تسعة آباء كفار يريد بهم عزا وكرامة، فهو عاشرهم في النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menisbahkan dirinya kepada sembilan orang bapa yang kufur hendakkan dengan mereka kemegahan dan kemuliaan, maka dia adalah yang kesepuluh daripada kalangan mereka di dalam neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 38, hadis nombor 143. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي ريحانة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من انتسب إلى تسعة آباء كفار يريد بهم عزا وكرامة، فهو عاشرهم في النار)).
[حم، هب، ع، أبو نعيم في ((أخبار الأصبهان))، ((الضعيفة)) (2431)]

(Lemah) Daripada Abū Rayḥānah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menisbahkan dirinya kepada sembilan orang bapa yang kufur hendakkan dengan mereka kemegahan dan kemuliaan, maka dia adalah yang kesepuluh daripada kalangan mereka di dalam neraka.
[Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya, Abū Ya‘lā dalam Musnadnya, Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, Ibn ‘Asākir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2431]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs