Sesiapa yang menipu orang Arab tidak akan masuk dalam syafaatku

TEKS BAHASA ARAB

من غش العرب لم يدخل في شفاعتي، ولم تنله مودتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menipu orang Arab tidak akan masuk dalam syafaatku dan tidak akan mendapat cintaku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1789, hadis nombor 9012. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عثمان بن عفان -رضي الله عنه – مرفوعاً: «من غش العرب لم يدخل في شفاعتي، ولم تنله مودتي». [ت، حم، العراقي في «حجة القرب»، عبد بن حميد، ابن الأعرابي، الضعيفة، (545)].

(Palsu) Daripada Uthman bin Affan RA, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang menipu orang Arab tidak akan masuk dalam syafaatku dan tidak akan mendapat cintaku.” [Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, al-‘Iraqi dalam Mahajjah al-Qurb, Abd bin Hamid dan Ibn al-‘Arabi. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 545]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs