Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ غَشَّ العَرَبَ لم يَدْخُلْ في شفاعتي ، ولم تَنَلْه مَوَدَّتي.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menipu orang Arab tidak akan masuk dalam syafaatku dan tidak akan mendapat cintaku.
Sahabat Perawi
- Uthman bin Affan RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1789, hadis no. 9012. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عثمان بن عفان -رضي الله عنه - مرفوعاً: «من غش العرب لم يدخل في شفاعتي، ولم تنله مودتي». [ت، حم، العراقي في «حجة القرب»، عبد بن حميد، ابن الأعرابي، الضعيفة، (545)].
(Palsu) Daripada Uthman bin Affan RA, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang menipu orang Arab tidak akan masuk dalam syafaatku dan tidak akan mendapat cintaku.” [Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, al-‘Iraqi dalam Mahajjah al-Qurb, Abd bin Hamid dan Ibn al-‘Arabi. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 545]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman