Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang meninggalkan solat secara sengaja, maka dia telah kafir secara nyata

Teks Bahasa Arab

مَن ترَكَ الصَّلاةَ متعمِّدًا فقد كفرَ جِهارًا.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang meninggalkan solat secara sengaja, maka dia telah kafir secara nyata.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 466, hadis no. 2500.

(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: «من ترك الصلاة متعمدا فقد كفر جهارا». [طس، «الضعيفة» (2508، 5180)].

(Lemah) Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang meninggalkan solat secara sengaja, maka dia telah kafir secara nyata". [Riwayat oleh al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2508, 5180].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.