Sesiapa yang meninggalkan solat, dia akan bertemu Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من ترك الصلاة؛ لقي الله وهو عليه غضبان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang meninggalkan solat, dia akan bertemu Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 298, hadis nombor 1573. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: لما قام بصري؛ قيل: نداويك وتدع الصلاة أياما؟ قال: لا؛ إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((من ترك الصلاة؛ لقي الله وهو عليه غضبان)).
[البزار، طب، الضياء، ((الضعيفة)) (4573)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA beliau berkata: Ketika penglihatanku diangkat (menjadi buta), dikatakan kepadanya: Bolehkah kami merawatmu tetapi kamu perlu meninggalkan solat selama beberapa hari? Beliau (Ibn ‘Abbas) menjawab: Tidak. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang meninggalkan solat, dia akan bertemu Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.
[Riwayat al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Dhiya’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4573]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.