Sesiapa yang meninggalkan satu dirham dari perkara yang haram, Allah SWT akan membebaskannya dari neraka

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من ترك درهما من حرام أعتقه الله من النار ومن ترك درهما من شبهة أعطاه الله ثواب نبي من الأنبياء ومن ترك الكذب لا يكتب عليه خطيئة أيام حياته ودخل الجنة بغير حساب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang meninggalkan satu dirham dari perkara yang haram, Allah SWT akan membebaskannya dari neraka.Sesiapa yang meninggalkan satu dirham dari perkara yang syubhah, Allah akan memberinya pahala seorang nabi daripada para anbiya’. Dan sesiapa yang meninggalkan kedustaan, tidak akan ditulis baginya dosa sepanjang kehidupannya dan dia akan masuk syurga tanpa hisab.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 150, hadis nombor 38. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في اللآلىء: موضوع آفته البورقي قال الحاكم: وضع على الثقات ما لا يحصى.

Al-Suyuthi berkata di dalam al-La’ali: Ia palsu, kecacatannya ialah al-Buraqi. Al-Hakim berkata: Dia memalsukan hadith terhadap perawi thiqah (yang terpecaya) tak terkira bilangannya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs