Sesiapa yang meninggalkan saf pertama kerana bimbang boleh menyakiti seseorang muslim lain

TEKS BAHASA ARAB

من ترك الصف الأول مخافة أن يؤذي مسلما فصلى في الصف الثاني أو الثالث؛ أضعف الله له الأجر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang meninggalkan saf pertama kerana bimbang (keberadaannya disitu) boleh menyakiti seseorang muslim lain, lalu dia (berpindah untuk) solat di saf yang kedua atau ketiga, maka Allah akan menggandakan ganjaran pahalanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 277, hadis nombor 1443. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من ترك الصف الأول مخافة أن يؤذي مسلماً فصلى في الصف الثاني أو الثالث؛ أضعف الله له الأجر)).
[ابن سعد، ((الضعيفة)) (3268)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas ―raḍiyallāhu ‘anhuma― beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Sesiapa yang meninggalkan saf pertama kerana bimbang (keberadaannya disitu) boleh menyakiti seseorang muslim lain, lalu dia (berpindah untuk) solat di saf yang kedua atau ketiga, maka Allah akan menggandakan ganjaran pahalanya.
[Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3268]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs