Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takutkan kefakiran

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "من ترك التزويج مخافة العيلة فليس منا


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takutkan kefakiran maka dia bukan daripada kalangan kami.


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 125, hadis nombor 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال في المختصر: ضعيف وله شاهد.

Al-Firuzabadi berkata di dalam al-Mukhtasar: Hadith ini dhaif tetapi mempunyai riwayat sokongan.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs