Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan dia bukan daripada kalangan kami

TEKS BAHASA ARAB

من تبتل فليس منا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan dia bukan daripada kalangan kami.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 945, hadis nombor 4873. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي قلابة أن النبي – صلى الله عليه وسلم – فقد رجلا من أصحابه، فأقام عليه ثلاثاً، ثم إن الرجل جاء، فقال له النبي – صلى الله عليه وسلم – ((أين كنت؟ )). قال: رأيت عيينة – يعني: عينا -؛ فتبتلت عندها هذه الثلاث، فقال النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((من تبتل فليس منا)).
[عب، ((الضعيفة)) (4571)].

(Lemah)
Daripada Abu Qilabah: Bahawasanya Nabi SAW, seorang lelaki daripada kalangan sahabat datang menemui baginda, kemudian ia menemui lelaki tersebut bertiga, dan lelaki tersebut datang kepadanya, lalu Nabi SAW bersabda: “Engkau dari mana?”. Lelaki itu menjawab: “Aku melihat mata air, kemudian aku meninggalkan perkahwinan untuk 3 hari ini”. Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan dia bukan daripada kalangan kami”.
[Riwayat Abdul Al-Razak dalam Musannaf. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4571].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs