Palsu Dengan Selengkap Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من ترَكَ دَينًا فعليَّ؛ وعلى الوُلاةِ من بعدي مِن بيتِ مالِ المسلمينَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang meninggalkan hutang maka ke atasku serta ke atas pemimpin selepasku daripada Baitul Mal milik orang Islam.
Sahabat Perawi
- Salman RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu Dengan Selengkap Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 848, hadis no. 4347. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بهذا التمام) عن سلمان -رضي الله عنه-، قال: أمرنا نبي الله صلى الله عليه وسلم أن نفدي سبايا المسلمين، ونعطي سائلهم، ثم قال: ((من ترك دينا فعلي؛ وعلى الولاة من بعدي من بيت مال المسلمين)). [طب، ((الضعيفة)) (5850)]
(Palsu Dengan Selengkap Ini) Daripada Salmān RA berkata: Nabi Allah SAW mengarahkan kami untuk menebus tawanan-tawanan Islam, dan memberikan apa yang mereka minta. Kemudian baginda bersabda: Sesiapa yang meninggalkan hutang maka ke atasku serta ke atas pemimpin selepasku daripada Baitul Mal milik orang Islam. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5850]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman