Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من ترَكَ أربع جُمُعَاتٍ مِن غيرِ عُذْرٍ، فقد نَبذَ الإسلامَ وراءَ ظَهْرِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang meninggalkan empat kali solat Jumaat tanpa keuzuran, maka dia telah mencampakkan Islam di belakangnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 354, hadis no. 1879. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعاً: «من ترَكَ أربع جُمُعَاتٍ مِن غيرِ عُذْرٍ، فقد نَبذَ الإسلامَ وراءَ ظَهْرِهِ». [ابن الحمامي الصوفي في «منتخب من مسموعاته»، «الضعيفة» (657)].
(Daif) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang meninggalkan empat kali solat Jumaat tanpa keuzuran, maka dia telah mencampakkan Islam di belakangnya". [Diriwayatkan oleh Ibn al-Hammami al-Sufi dalam Muntakhab Min Masmu’atihi. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 657].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman