Sesiapa yang meninggalkan dunia dalam keadaan mabuk

TEKS BAHASA ARAB

من فارق الدنيا وهو سكران؛ دخل القبر سكران، وبعث من قبره سكران، وأمر به إلى النار سكران إلى جبل يقال له: سكران؛ فيه عين يجري منه القيح والدم؛ هو طعامهم وشرابهم ما دامت السماوات والأرض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang meninggalkan dunia dalam keadaan mabuk, maka dia akan memasuki kuburnya dalam keadaan mabuk dan dibangkitkan dalam keadaan mabuk. Kemudian diarahkan memasuki neraka dalam keadaan mabuk ke arah sebuah bukit yang dinamakan sebagai Sakran. Padanya ada satu mata air yang mengalir darinya nanah dan juga darah. Ia merupakan makanan dan minuman mereka selagi mana langit dan bumi masih utuh.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 677, hadis nombor 3486. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من فارق الدنيا وهو سكران؛ دخل القبر سكران، وبعث من قبره سكران، وأمر به إلى النار سكران إلى جبل يقال له: سكران؛ فيه عين يجري منه القيح والدم؛ هو طعامهم وشرابهم ما دامت السماوات والأرض)). [عد، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5243)]

(Palsu) Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang meninggalkan dunia dalam keadaan mabuk, maka dia akan memasuki kuburnya dalam keadaan mabuk dan dibangkitkan dalam keadaan mabuk. Kemudian diarahkan memasuki neraka dalam keadaan mabuk ke arah sebuah bukit yang dinamakan sebagai Sakran. Padanya ada satu mata air yang mengalir darinya nanah dan juga darah. Ia merupakan makanan dan minuman mereka selagi mana langit dan bumi masih utuh. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5243]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs