Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من فارق الدنيا وهو سكرانٌ؛ دخل القبرَ سكرانَ، وبعث من قبره سكرانَ، وأُمر به إلى النار سكرانَ إلى جبلٍ يقال له: سكرانُ؛ فيه عينٌ يجري منه القيحُ والدمُ؛ هو طعامُهم وشرابهم ما دامتِ السماواتُ والأرضُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang meninggalkan dunia dalam keadaan mabuk, maka dia akan memasuki kuburnya dalam keadaan mabuk dan dibangkitkan dalam keadaan mabuk. Kemudian diarahkan memasuki neraka dalam keadaan mabuk ke arah sebuah bukit yang dinamakan sebagai Sakran. Padanya ada satu mata air yang mengalir darinya nanah dan juga darah. Ia merupakan makanan dan minuman mereka selagi mana langit dan bumi masih utuh.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 677, hadis no. 3486. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من فارق الدنيا وهو سكران؛ دخل القبر سكران، وبعث من قبره سكران، وأمر به إلى النار سكران إلى جبل يقال له: سكران؛ فيه عين يجري منه القيح والدم؛ هو طعامهم وشرابهم ما دامت السماوات والأرض)). [عد، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5243)]
(Palsu) Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang meninggalkan dunia dalam keadaan mabuk, maka dia akan memasuki kuburnya dalam keadaan mabuk dan dibangkitkan dalam keadaan mabuk. Kemudian diarahkan memasuki neraka dalam keadaan mabuk ke arah sebuah bukit yang dinamakan sebagai Sakran. Padanya ada satu mata air yang mengalir darinya nanah dan juga darah. Ia merupakan makanan dan minuman mereka selagi mana langit dan bumi masih utuh. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5243]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman