Sesiapa yang meninggal dunia ketika akhir Ramadan, dia akan masuk syurga

TEKS BAHASA ARAB

من وافق موته عند انقضاء رمضان دخل الجنة ومن وافق موته عند انقضاء عرفة دخل الجنة ومن وافق موته عند انقضاء صدقة دخل الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang meninggal dunia ketika akhir Ramadan, dia akan masuk syurga, dan sesiapa yang meninggal dunia ketika akhir waktu hari Arafah, dia akan masuk syurga, dan sesiapa yang meninggal dunia ketika mana dia selesai bersedekah; maka dia akan masuk syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1145, hadis nombor 5791. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن مسعود رضي الله عنه مرفوعا: من وافق موته عند انقضاء رمضان دخل الجنة ومن وافق موته عند انقضاء عرفة دخل الجنة ومن وافق موته عند انقضاء صدقة دخل الجنة. [حل، القاسم بن عساكر في التعزية، الضعيفة (4665)]

(Lemah) Daripada Ibn Mas’ud RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang meninggal dunia ketika akhir Ramadan, dia akan masuk syurga, dan sesiapa yang meninggal dunia ketika akhir waktu hari Arafah, dia akan masuk syurga, dan sesiapa yang meninggal dunia ketika mana dia selesai bersedekah; maka dia akan masuk syurga. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dan al-Qasim bin ‘Asakir dalam al-Ta’ziah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.4665].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.