Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن ماتَ في بيتِ المقدسِ؛ فَكَأنَّما ماتَ في السَّماءِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang meninggal dunia di Baitul Maqdis, seakan-akan dia meninggal dunia di langit.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1915, hadis no. 9620. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: من مات في بيت المقدس؛ فكأنما مات في السماء. [البزار، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5847)]
(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang meninggal dunia di Baitul Maqdis seakan-akan dia meninggal dunia di langit. [Riwayat al-Bazzar dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5847]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman