Sesiapa yang meninggal dunia dan dia mempunyai anak sama ada lelaki atau perempuan

TEKS BAHASA ARAB

من مات له ولد ذكر أو أنثى سلم أو لم يسلم رضي أو لم يرض لم يكن له ثواب إلا الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang meninggal dunia dan dia mempunyai anak sama ada lelaki atau perempuan, sejahtera atau tidak, dia reda atau tidak, tiada ganjaran buatnya melainkan syurga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 135, hadis nombor 678. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبدالله بن مسعود رضي الله عنه قال: قال رسول اللہ ﷺ: من مات له ولد ذكر أو أنثى سلم أو لم يسلم رضي أو لم يرض لم يكن له ثواب إلا الجنة. [طب، طس، عد، الضعيفة (6001)].

(Munkar) Daripada ‘Abdullah ibn Mas‘ūd RA secara marfū‘: Sesiapa yang meninggal dunia dan dia mempunyai anak sama ada lelaki atau perempuan, sejahtera atau tidak, dia reda atau tidak, tiada ganjaran buatnya melainkan syurga. [Diriwayatkan oleh al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan al-Awsaṭ, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6001)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs