Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad, dia mati syahid

Teks Bahasa Arab

من مات على حبِّ آل محمدٍ؛ مات شهيدًا. ألا ومن مات على حبِّ آلِ محمدٍ؛ مات مغفورًا له. ألا ومن مات على حبِّ آلِ محمدٍ؛ مات تائبًا. ألا ومن مات على حبِّ آلِ محمدٍ؛ مات مؤمنًا مستكملَ الإيمانِ. ألا ومن مات على حبِّ آلِ محمدٍ؛ بشَّره ملكُ الموتِ بالجنةِ؛ ثم منكرٌ ونكيرٌ. ألا ومن مات على حبِّ آلِ محمدٍ؛ يزفُّ إلى الجنة كما تُزفُّ العروسُ إلى بيتِ زوجِها. ألا ومن مات على حبِّ آلِ محمدٍ؛ فُتح له في قبره بابان إلى الجنةِ. ألا ومن مات على حبِّ آل محمدٍ؛ جعل اللهُ قبرَه مزارُ ملائكةِ الرحمةِ. ألا ومن مات على حبِّ آلِ محمدٍ؛ مات على السُّنةِ والجماعةِ. ألا ومن مات على بغضِ آلِ محمدٍ؛ جاء يومَ القيامةِ مكتوبٌ بين عينيه: آيسٌ من رحمة اللهِ. ألا ومن مات على بغضِ آل محمدٍ؛ مات كافرًا. ألا ومن مات على بغض آل محمدٍ؛ لم يشمَّ رائحةَ الجنةِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad, dia mati syahid. Ingatlah! Sesiapa yang mati dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad, dia mati dalam keadaan mendapat keampunan. Ingatlah! Sesiapa yang mati dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad, dia mati dalam keadaan bertaubat. Ingatlah! Sesiapa yang mati dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad, dia mati dalam keadaan beriman yang sempurna imannya. Ingatlah! Sesiapa yang mati dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad, malaikat maut memberikan berita gembira kepadanya berupa syurga, kemudian munkar dan nakir. Ingatlah! Sesiapa yang mati dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad, dia diusung ke syurga seperti pengantin diusung ke rumah suaminya. Ingatlah! Sesiapa yang mati dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad, dibukakan untuknya dalam kuburnya dua pintu ke syurga. Ingatlah! Sesiapa yang mati dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad, Allah jadikan kuburnya sebagai tempat malaikat rahmat berkunjung. Ingatlah! Sesiapa yang mati dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad, dia mati di atas sunnah dan jamaah. Ingatlah! Sesiapa yang mati dalam keadaan membenci keluarga Muhammad, dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan tertulis di antara dua matanya: Orang yang berputus asa daripada rahmat Allah. Ingatlah! Sesiapa yang mati dalam keadaan membenci keluarga Muhammad, dia mati dalam keadaan kafir. Ingatlah! Sesiapa yang mati dalam keadaan membenci keluarga Muhammad, dia tidak akan dapat mencium bau syurga.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1346, hadis no. 6879. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل موضوع) من مات على حب آل محمد؛ مات شهيداً. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ مات مغفوراً له. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ مات تائباً. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ مات مؤمناً مستكمل الإيمان. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ بشره ملك الموت بالجنة؛ ثم منكر ونكير. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ يزف إلى الجنة كما تزف العروس إلى بيت زوجها. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ فتح له في قبره بابان إلى الجنة. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ جعل الله قبره مزار ملائكة الرحمة. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ مات على السنة والجماعة. ألا ومن مات على بغض آل محمد؛ جاء يوم القيامة مكتوب بين عينيه: آيس من رحمة الله. ألا ومن مات على بغض آل محمد؛ مات كافراً. ألا ومن مات على بغض آل محمد؛ لم يشم رائحة الجنة [أورده الزمخشري في ((التفسير))، ((الضعيفة)) (4920)].

(Batil lagi palsu) Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad, dia mati syahid. Ingatlah! Sesiapa yang mati dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad, dia mati dalam keadaan mendapat keampunan. Ingatlah! Sesiapa yang mati dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad, dia mati dalam keadaan bertaubat. Ingatlah! Sesiapa yang mati dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad, dia mati dalam keadaan beriman yang sempurna imannya. Ingatlah! Sesiapa yang mati dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad, malaikat maut memberikan berita gembira kepadanya berupa syurga, kemudian munkar dan nakir. Ingatlah! Sesiapa yang mati dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad, dia diusung ke syurga seperti pengantin diusung ke rumah suaminya. Ingatlah! Sesiapa yang mati dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad, dibukakan untuknya dalam kuburnya dua pintu ke syurga. Ingatlah! Sesiapa yang mati dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad, Allah jadikan kuburnya sebagai tempat malaikat rahmat berkunjung. Ingatlah! Sesiapa yang mati dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad, dia mati di atas sunnah dan jamaah. Ingatlah! Sesiapa yang mati dalam keadaan membenci keluarga Muhammad, dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan tertulis di antara dua matanya: Orang yang berputus asa daripada rahmat Allah. Ingatlah! Sesiapa yang mati dalam keadaan membenci keluarga Muhammad, dia mati dalam keadaan kafir. Ingatlah! Sesiapa yang mati dalam keadaan membenci keluarga Muhammad, dia tidak akan dapat mencium bau syurga. [Riwayat yang dimasukkan oleh al-Zamakhshari dalam al-Tafsir. LIhat Silsilah al-Da'ifah, no. 4920]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.