Sesiapa yang meninggal dunia dalam kalangan umatku ketika melakukan amalan kaum Lut

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من مات من أمتي يعمل ‌عمل ‌قوم ‌لوط، نقله الله إليهم حتى يحشر معهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang meninggal dunia dalam kalangan umatku ketika melakukan amalan kaum Lut, dia akan dibawa oleh Allah kepada mereka (kaum Lut) sehingga dia dibangkitkan bersama mereka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 798, hadis nombor 4113. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من مات من أمتي يعمل ‌عمل ‌قوم ‌لوط، نقله الله إليهم حتى يحشر معهم)). [خط، ((الضعيفة)) (4662)]

(Sangat Lemah) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang meninggal dunia dalam kalangan umatku ketika melakukan amalan kaum Lut, dia akan dibawa oleh Allah kepada mereka (kaum Lut) sehingga dia dibangkitkan bersama mereka. [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4662]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.