Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من ماتَ محرمًا؛ حُشِر مُلبيًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang meninggal dalam keadaan dia berihram, maka dia akan dibangkitkan dalam keadaan dia bertalbiah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 746, hadis no. 3822. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن عباس -رضي الله عنهما - مرفوعا: «من مات محرما؛ حشر ملبيا». [خط، «الضعيفة» (4660)].
(Daif) Daripada Abdullah bin Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang meninggal dalam keadaan dia berihram, maka dia akan dibangkitkan dalam keadaan dia bertalbiah. [Riwayat Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4660].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman