Sesiapa yang menikahi wanita, janganlah dia menggauli isterinya sehingga membayar mahar

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من تزوج امرأة فلا يدخل عليها حتى يعطيها شيئا، ولو لم يجد إلا أحد نعليه


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang menikahi wanita, janganlah dia menggauli isterinya sehingga membayar mahar walaupun sebelah seliparnya.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 123, hadis nombor 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه العقيلي عن ابن عباس مرفوعا، وقال: لا أصل له. وقال الذهبي هذا كذب على شعبة.
قال العقيلي: والمعروف عن شعبة عن عاصم بن عبيد الله عن عبد الله بن عامر بن ربيعة عن أبيه: أن امرأة من فزارة تزوجت على نعلين فقال لها النبي صلى الله عليه وسلم أرضيت من نفسك ومالك بنعلين؟

Al-Uqaili meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) dan dia berkata: “Tidak ada Asalnya”, al-Zahabi berkata: “Ini adalah pendustaan kepada Syu’bah”.
Al-Uqaili berkata: “Riwayat yang diketahui ialah daripada Syu’bah daripada Asim bin Ubaidullah daripada Abdullah bin Amir bin Rabiah daripada bapanya: Sesungguhnya wanita dari Fazarah berkahwin dengan mahar sepasang selipar. Nabi SAW bertanya kepadanya: Adakah engkau redha bagi diri dan hartamu ini dengan sepasang selipar?”


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs