Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أرسل بنفقته في سبيل الله وأقام في بيته فله بكل درهم سبع مئة درهم. ومن غزا بنفسه في سبيل الله وأنفق في وجه الله فله بكل درهم سبع مئة ألف درهم، ثم تلا هذه الأية ﴿وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ﴾.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mengutuskan perbelanjaan untuk digunakan di jalan Allah sedangkan dia duduk rumah, setiap dirham yang dibelanjakan menyamai 700 dirham. Sesiapa yang pergi berperang dan membelanjakan harta kerana Allah, maka setiap dirham yang dibelanjakan bersamaan 700 000 dirham. Kemudian Baginda membaca ayat : 'Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya.'
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
- Abu al-Darda RA
- Abu Hurairah RA
- Abu Umamah RA
- Ali RA
- 'Imran bin al-Husain RA
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 907-908, hadis no. 4642. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن علي بن أبي طالب وأبي الدرداء وأبي هريرة وأبي أمامة الباهلي وعبد الله بن عمر وعبد الله بن عمرو وجابر بن عبد الله وعمران بن الحصين؛ كلهم يحدث عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: من أرسل بنفقته في سبيل الله وأقام في بيته فله بكل درهم سبع مئة درهم. ومن غزا بنفسه في سبيل الله وأنفق في وجه الله، فله بكل درهم سبع مئة ألف درهم، ثم تلا هذه الأية ﴿وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ﴾. [ه, ابن أبي حاتم في تفسيره, الضعيفة (6834)]
(Munkar) Daripada Ali bin Abi Talib, Abu Darda, Abu Hurairah, Abu Umamah Al-Bahili, Abdullah Bin Amru, Jabir Bin Abdullah dan 'Imran Bin Al-Husain RA, mereka berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang mengutuskan perbelanjaan untuk digunakan di jalan Allah sedangkan dia duduk rumah, setiap dirham yang dibelanjakan menyamai 700 dirham. Sesiapa yang pergi berperang dan membelanjakan harta kerana Allah, maka setiap dirham yang dibelanjakan bersamaan 700 000 dirham. Kemudian Baginda membaca ayat : 'Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya.' [Sunan Ibn Majah, Ibn Abi Hatim di dalam Al-Tafsir,Al-Dha’ifah no 6834]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman