Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengutip luqatah kecil (barang yang terjumpa) iaitu dirham atau tali

TEKS BAHASA ARAB

من التقط لقطة يسيرة درهما أو حبلا، أو شبه ذلك، فليعرفه ثلاثة أيام، فإن كان فوق ذلك فليعرفه ستة أيام، [فإن جاء صاحبها، وإلا، فليتصدق بها، فإن جاء صاحبها، فليخيره.

 

TEKS BAHASA MALAYSIA

(Lemah) Daripada Ya’la bin Murrah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengutip luqatah kecil (barang yang terjumpa) iaitu dirham atau tali atau apa yang sama dengannya, maka hendaklah dia mengumumkannya selama 3 hari. Jika ia lebih dari itu, maka hendaklah ia mengumumkannya 6 hari. [Jika tuannya datang, (maka berikanlah). Jika tidak maka bersedekahlah dengannya. Jika tuannya datang (selepas itu) maka beritahu dia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 817, hadis nombor 4206. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن يعلى بن مرة –رضي الله عنه-قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من التقط لقطة يسيرة درهما أو حبلا، أو شبه ذلك، فليعرفه ثلاثة أيام، فإن كان فوق ذلك فليعرفه ستة أيام، [فإن جاء صاحبها، وإلا، فليتصدق بها، فإن جاء صاحبها، فليخبره])).
[ابن حبان في ((الثقات))، هق، حم، طب، ((الضعيفة)) (6337)]

(Lemah) Daripada Ya’la bin Murrah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengutip luqatah kecil (barang yang terjumpa) iaitu dirham atau tali atau apa yang sama dengannya, maka hendaklah dia mengumumkannya selama 3 hari. Jika ia lebih dari itu, maka hendaklah ia mengumumkannya 6 hari. [Jika tuannya datang, (maka berikanlah). Jika tidak maka bersedekahlah dengannya. Jika tuannya datang (selepas itu) maka beritahu dia.
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Thiqat, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, Musnad Ahmad dan al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6337]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs