Sesiapa yang membatalkan jual beli

TEKS BAHASA ARAB

من أقال نادما، أقال الله نفسه يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membatalkan jual beli seseorang yang telah menyesal (dengan jual belinya) maka Allah akan meninggalkan (dosa) dirinya pada hari kiamat kelak.

STATUS

Munkar Pada Lafaz نفسه

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 163, hadis nombor 814. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر: نفسه)
عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: من أقال نادمًا ، أقال اللهُ نفسَهُ يومَ القيامةِ.
[عد، ((الضعيفة)) (6858)]

(Munkar Pada Lafaz نفسه)
Daripada Ibn Umar RA berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang membatalkan jual beli seseorang yang telah menyesal (dengan jual belinya) maka Allah akan meninggalkan (dosa) dirinya pada hari kiamat kelak.
[Riwayat Ibn ‘Adi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6858]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs