TEKS BAHASA ARAB
حديث: من جمع مالا من تهاوش – بفتح التاء وكسر الواو – ويروى: نهاوس – أي سرقة وغضب ونحو ذلك – أذهبه الله في نهابر: أي مهالك.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang mengumpulkan harta melalui tahawusy – dibaris ataskan huruf ta’ dan dibaris bawah huruf wau- dan turut diriwayatkan: Nahawusy – iaitu pencurian, rampasan dan seumpamanya-, Allah pasti hilangkan harta tersebut pada jalan kebinasaan.
STATUS
Tiada asalnya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 179, hadis nombor 555. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال علي قاري: قال السبكي: لا أصل له. لكن الحديث في الجامع الصغير عن أبي سلمة قاضي حمص، لا صحبة له، فهو مرسل، وضعيف، وفي سنده متروك.
Ali Qari berkata: Al-Subki berkata: Tiada asalnya.
Namun, hadith tersebut terdapat dalam Al-Jami’ Al-Saghir daripada Abu Salamah, qadi di Hims, beliau tidak berstatus sahabat, maka ia mursal dan da’if. Juga dalam sanadnya terdapat perawi matruk.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.