Tiada asalnya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: من جمع مَالا من تهاوش - بِفَتْح التَّاء وَكسر الْوَاو - ويروى: نهاوس - أَي سَرقَة وَغَضب وَنَحْو ذَلِك - أذهبه الله فِي نهابر: أَي مهالك.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Sesiapa yang mengumpulkan harta melalui tahawusy - dibaris ataskan huruf ta' dan dibaris bawah huruf wau- dan turut diriwayatkan: Nahawusy - iaitu pencurian, rampasan dan seumpamanya-, Allah pasti hilangkan harta tersebut pada jalan kebinasaan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Tiada asalnya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 179, hadis no. 555. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال علي قاري: قال السبكي: لا أصل له. لكن الحديث في الجامع الصغير عن أبي سلمة قاضي حمص، لا صحبة له، فهو مرسل، وضعيف، وفي سنده متروك.
Ali Qari berkata: Al-Subki berkata: Tiada asalnya. Namun, hadis tersebut terdapat dalam Al-Jami' Al-Saghir daripada Abu Salamah, qadi di Hims, beliau tidak berstatus sahabat, maka ia mursal dan da'if. Juga dalam sanadnya terdapat perawi matruk.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman