Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن اغتابَ رجُلًا ثمَّ استَغفرَ له غُفِرَت له غَيبتُه
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mengumpat seseorang kemudian meminta ampun baginya maka perbuatan mengumpatnya akan diampunkan.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 780, hadis no. 4005. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر مرفوعا: من اغتاب رجلا ثم استغفر له غفرت له غيبته. [أبو بكر الدقاق في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (1520)]
(Palsu) Daripada Jabir RA secara marfu’: “Sesiapa yang mengumpat seseorang kemudian meminta ampun baginya maka perbuatan mengumpatnya akan diampunkan.” [Riwayat Abu Bakr al-Daqqaq dalam Hadisnya. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1520]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman