Sesiapa yang mengucapkan tiga perkara ini akan memasuki syurga

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة من قالهن دخل الجنة: من رضي بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد رسولا والرابعة لها من الفضل كما بين السماء إلى الأرض وهي الجهاد في سبيل الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengucapkan tiga perkara ini akan memasuki syurga: Sesiapa yang reda Allah SWT sebagai Tuhan, Islam sebagai agama serta Nabi Muhammad sebagai Rasul. Perkara keempat mempunyai kelebihan yang banyak seperti apa yang terdapat di antara langit hingga bumi, iaitu berjihad di jalan Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 991, hadis nombor 5102. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري مرفوعا: ثلاثة من قالهن دخل الجنة: من رضي بالله رباً وبالإسلام ديناً وبمحمد رسولاً والرابعة لها من الفضل كما بين السماء إلى الأرض وهي الجهاد في سبيل الله. [النيسابوري في الفوائد، فر، الضعيفة، (3444)].

(Lemah) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mengucapkan tiga perkara ini akan memasuki syurga: Sesiapa yang reda Allah SWT sebagai Tuhan, Islam sebagai agama serta Nabi Muhammad sebagai Rasul. Perkara keempat mempunyai kelebihan yang banyak seperti apa yang terdapat di antara langit hingga bumi, iaitu berjihad di jalan Allah. [Riwayat al-Naisaburi dalam al-Fawaid dan al-Firdaus oleh al-Dailami. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 3444].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.