Sesiapa yang mengucapkan Subhanallah wa bihamdih

TEKS BAHASA ARAB

من قال سبحان الله وبجمده غرس الله له ألف ألف نخلة في الجنة أصلها من ذهب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengucapkan “Subhanallah wa bihamdih” maka Allah akan menanam untuknya sejuta pohon kurma di syurga yang asalnya daripada emas.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 44, hadis nombor 39. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فمن ذلك ما روى جعفر بن جسر عن أبيه عن ثابت عن أنس يرفعه من قال: “سبحان الله وبحمده غرس الله له ألف ألف نخلة في الجنة أصلها من ذهب”.

Antara contoh hadis palsu ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ja’far bin Jasr daripada ayahnya daripada Thabit daripada Anas, Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa yang mengucapkan ‘Subhanallah wa bihamdih’ maka Allah akan menanam untuknya sejuta pohon kurma di syurga yang asalnya daripada emas.”

RUJUKAN

Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Maktabah al-Matbu’at al-Islamiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. (2015). Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu (Solehah Abu Bakar, Ed.). Kemilau Publika.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs