Sesiapa yang mengucapkan: Semoga Allah mengurniakan kepada Muhammad apa yang terlayak buat Baginda

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قال: جزى الله عنا محمدا بما هو أهله أتعب سبعين كاتبا ألف صباح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengucapkan: Semoga Allah mengurniakan kepada Muhammad apa yang terlayak buat Baginda, dia telah memenatkan tujuh puluh malaikat mencatat dalam tempoh seribu pagi.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1071, hadis nombor 5459. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس مرفوعا: من قال: جزى الله عنا محمدًا بما هو أهله أتعب سبعين كاتبًا ألف صباح. [طس، الضعيفة (5109)]

(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA, secara marfu‘ daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda: Sesiapa yang mengucapkan: semoga Allah mengurniakan kepada Muhammad apa yang terlayak buat Baginda, dia telah memenatkan tujuh puluh malaikat mencatat dalam tempoh seribu pagi. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5109]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.