Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قال: جزَى اللهُ عنَّا محمَّدًا بما هو أهلُه؛ أتعَب سبعينَ كاتبًا ألفَ صباحٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mengucapkan: Semoga Allah mengurniakan kepada Muhammad apa yang terlayak buat Baginda, dia telah memenatkan tujuh puluh malaikat mencatat dalam tempoh seribu pagi.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1071, hadis no. 5459. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس مرفوعا: من قال: جزى الله عنا محمدًا بما هو أهله أتعب سبعين كاتبًا ألف صباح. [طس، الضعيفة (5109)]
(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA, secara marfu‘ daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda: Sesiapa yang mengucapkan: semoga Allah mengurniakan kepada Muhammad apa yang terlayak buat Baginda, dia telah memenatkan tujuh puluh malaikat mencatat dalam tempoh seribu pagi. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5109]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman