Sesiapa yang mengucapkan selawat kepada aku, selawatnya akan sampai kepadaku

TEKS BAHASA ARAB

من صلى علي بلغتني صلاته وصليت عليه وكتب له سوى ذلك عشر حسنات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengucapkan selawat kepada aku, selawatnya akan sampai kepadaku, aku akan berselawat kepadanya juga, dan ditulis baginya selain daripada itu sebanyak sepuluh kebaikan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1071, hadis nombor 5457. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: من صلى علي بلغتني صلاته وصليت عليه وكتب له سوى ذلك عشر حسنات. [طس، الضعيفة (5141)]

(Lemah): Daripada Anas RA, secara marfu‘ daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Sesiapa yang mengucapkan selawat kepada aku, selawatnya akan sampai kepadaku, aku akan berselawat kepadanya juga, dan ditulis baginya selain daripada itu sebanyak sepuluh kebaikan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5141]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs