Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من قال في دُبُرِ صلاتِه: {الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَداً وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيراً}؛ كان له من الأجرِ مثل السماوات السَّبعِ، وما فيهن، وما تَحْتَهُنَّ، والجبالِ؛ وذلك أن الله عَزَّ وَجَلَّ يقولُ: {تَكَادُ السَّمَاوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ الأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدّاً. أَنْ دَعَوْا لِلرَّحْمَنِ وَلَداً} فلهذا من الأجْرِ كما على هذا الكافرِ من الوِزرِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mengucapkan pada penghujung solatnya: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagi-Nya sekutu dalam urusan kerajaan-Nya, dan tiada bagi-Nya penolong disebabkan sesuatu kelemahan-Nya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakan-Nya dengan bersungguh-sungguh!", nescaya dia memperoleh ganjaran seperti tujuh petala langit dan segala isinya, segala yang di bawahnya dan gunung-ganang. Demikian halnya (kerana) bahawasanya Allah Azzawajalla berfirman: “Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, - Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak”, maka orang ini memperolehi ganjaran (yang setara) sepertimana si kafir ini menanggung dosa.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 341, hadis no. 1790. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Sesiapa yang mengucapkan pada penghujung solatnya: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagi-Nya sekutu dalam urusan kerajaan-Nya, dan tiada bagi-Nya penolong disebabkan sesuatu kelemahan-Nya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakan-Nya dengan bersungguh-sungguh!", nescaya dia memperoleh ganjaran seperti tujuh petala langit dan segala isinya, segala yang di bawahnya dan gunung-ganang. Demikian halnya (kerana) bahawasanya Allah Azzawajalla berfirman: “Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, - Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak”, maka orang ini memperolehi ganjaran (yang setara) sepertimana si kafir ini menanggung dosa. [Riwayat al-Tabarani dalam Kitab al-Du'a'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6317].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman