Sesiapa yang mengucapkan Lailahaillallah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من قال: لا إله إلا الله خلق الله من كل كلمة طائرا، له سبعون لسانا، في كل لسان ألف لغة، ويستغفرون الله له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang mengucapkan Lailahaillallah, Allah akan ciptakan daripada setiap kalimah tersebut burung yang mempunyai tujuh puluh lidah. Pada setiap lidah seribu jenis bahasa dan mereka beristighfar kepada Allah untuknya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 194, hadis nombor 604. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.
ومما يحكى أنه صلى أحمد بن حنبل ويحيى بن معين في مسجد الرصافة فقام بين أيديهم قاص، فقال: حدثنا أحمد بن حنبل ويحيى بن معين، قالا: حدثنا عبد الرزاق، عن معمر، عن قتادة، عن أنس، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " من قال: لا إله إلا الله، خلق الله في كل كلمة طيرا منقاره من ذهب، وريشه من مرجان " وأخذ في فمه نحوا من عشرين ورقة، فجعل أحمد ينظر إلى يحيى، ويحيى ينظر إلى أحمد، وكل منهما قال: أنت حدثت بهذا؟
فقال الآخر: والله ما سمعت به إلا الساعة.
فلما فرغ من قصصه أخذ القطيعات ثم قعد ينظر بقيتها، فأشار إليه يحيى أن تعال، فجاءه متوهما للنوال، فقال له: من حدثك بهذا؟ فقال: أحمد بن حنبل ويحيى بن معين.
فقال: أنا يحيى، وهذا أحمد، وما سمعنا بهذا قط في حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم، فإن كان ولا بد من الكذب فعلى غيرنا.
فقال أنت يحيى بن معين؟ قال: نعم. قال: لم أزل أسمع أن يحيى أحمق ما تحققته إلا الساعة.
قال: كيف علمت أني أحمق؟ قال: كأن ليس في الدنيا يحيى بن معين وأحمد غيركما، قد كتبت عن سبعة عشر أحمد بن حنبل ويحيى بن معين، فوضع أحمد كمه على وجهه وقال: دعه يقوم. فقام كالمستهزئ بهما.

Palsu. Antara yang diceritakan bahawa Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in solat di Masjid al-Rasafah, lalu seorang tukang cerita bangun di hadapan mereka, lantas lelaki itu berkata: Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in telah menyampaikan kepada kami, mereka berdua berkata: ‘Abd Al-Razzaq telah menyampaikan kepada kami daripada Ma’mar daripada Qatadah daripada Anas, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mengucapkan: Tidak ada Tuhan selain Allah, Allah ciptakan bagi setiap kalimah seekor burung, paruhnya terbuat daripada emas, bulunya terbuat daripada batu marjan." Dan dia pun meletakkan pada mulutnya lebih kurang 20 helai kertas. Lalu Ahmad mula melihat pada Yahya dan Yahya pada Ahmad. Setiap mereka berkata: Kamukah yang telah menyampaikan hadith ini? Yang lain berkata: Demi Allah! Aku belum pernah mendengar hadith ini melainkan saat ini.

Setelah lelaki itu selesai daripada cerita-ceritanya, dia mengambil beberapa potongan kertas, kemudian dia duduk sambil melihat pada bakinya. Lalu Yahya pun mengisyaratkan kepadanya supaya datang, dia pun pergi kepada Yahya dalam keadaan tidak tentu arah. Yahya pun bertanya kepadanya: Siapakah yang telah menyampaikan kepadamu hadith ini? Lalu lelaki itu menjawab: Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in. Yahya berkata: Aku Yahya dan ini pula Ahmad. Kami tidak pernah mendengar hadith ini pun dalam hadith Rasulullah SAW, jika mahu tetap juga berdusta, maka lakukanlah pada selain kami.

Lalu beliau berkata: Kamu Yahya bin Ma’in? Beliau berkata: Ya. lelaki itu berkata: Aku sentiasa mendengar bahawa Yahya adalah seorang yang bodoh, aku tidak dapat memastikannya saat ini.

Yahya bertanya: Bagaimana kamu tahu bahawa aku bodoh? Lelaki itu berkata: Macamlah di dunia ini tidak ada Yahya bin Ma’in dan Ahmad selain kamu berdua. Aku telah menulis daripada 17 Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in.

Lalu Ahmad pun meletakkan lengan baju beliau pada wajah beliau seraya berkata: Biarkanlah dia bangun (untuk pergi).
Lelaki itu pun bangun (untuk pergi) seperti orang yang memperolok-olokkan mereka berdua.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs