TEKS BAHASA ARAB
حديث: " من قال حين يسمع أشهد أن محمدا رسول الله: مرحبا بحبيبي وقرة عيني، محمد بن عبد الله، ثم يقبل إبهاميه ويجعلهما على عينيه لم يعم ولم يرمد أبدا".
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Sesiapa yang mengucapkan ketika dia mendengar lafaz azan Asyhadu Anna Muhammadan Rasulullah: Selamat datang kekasihku dan penyejuk mataku Muhammad bin Abdillah kemudian mencium kedua ibu jarinya lalu disapu di kedua matanya, dia tidak akan buta dan ditimpa penyakit mata”.
STATUS
Tidak sahih
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 20, hadis nombor 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال في التذكرة: لا يصح.
Ibn Tahir berkata di dalam kitab al-Tazkirah: Tidak sahih.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.