Sesiapa yang mengucapkan dua kali, Allah akan membebaskan separuh dirinya daripada api neraka

TEKS BAHASA ARAB

من قال حين يصبح أو يمسي: اللهم إني أصبحت أشهدك وأشهد حملة عرشك وملائكتك، وجميع خلقك أنك أنت الله لا إله إلا أنت وأن محمدا عبدك ورسولك أعتق الله ربعه من النار، فمن قالها مرتين أعتق الله نصفه، ومن قالها ثلاثا أعتق الله ثلاثة أرباعه، فإن قالها أربعا اعتقه الله من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang ketika waktu pagi dan petang mengucapkan: Ya Allah! Sesungguhnya aku berada pada waktu pagi, aku persaksikan kepada-Mu, aku persaksikan kepada malaikat pemikul ‘Arash-Mu, para malaikat-Mu, dan semua makhluk-Mu bahawa sesungguhnya Engkaulah Allah yang tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau, dan Muhammad adalah hamba-Mu dan rasul-Mu; Allah akan membebaskan 1/4 dirinya daripada api neraka. Sesiapa yang mengucapkannya dua kali, Allah akan membebaskan separuh dirinya, sesiapa yang mengucapkan sebanyak 3 kali, Allah membebaskan 3/4 dirinya. Sekiranya dia mengucapkan sebanyak 4 kali, Allah akan membebaskannya daripada api neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1420, hadis nombor 7211. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن انس بن مالك رضي الله عنه، أن رسول الله ﷺ قال: من قال حين يصبح أو يمسي: اللهم إني أصبحت أشهدك وأشهد حملة عرشك وملائكتك، وجميع خلقك أنك أنت الله لا إله إلا أنت وأن محمدا عبدك ورسولك أعتق الله ربعه من النار، فمن قالها مرتين أعتق الله نصفه، ومن قالها ثلاثا أعتق الله ثلاثة أرباعه، فإن قالها أربعا اعتقه الله من النار.
[د، ((الضعيفة)) (1041)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang ketika waktu pagi dan petang mengucapkan: Ya Allah! Sesungguhnya aku berada pada waktu pagi, aku persaksikan kepada-Mu, aku persaksikan kepada malaikat pemikul ‘Arash-Mu, para malaikat-Mu, dan semua makhluk-Mu bahawa sesungguhnya Engkaulah Allah yang tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau, dan Muhammad adalah hamba-Mu dan rasul-Mu; Allah akan membebaskan 1/4 dirinya daripada api neraka. Sesiapa yang mengucapkannya dua kali, Allah akan membebaskan separuh dirinya, sesiapa yang mengucapkan sebanyak 3 kali, Allah membebaskan 3/4 dirinya. Sekiranya dia mengucapkan sebanyak 4 kali, Allah akan membebaskannya daripada api neraka.
[Riwayat Abu Dawud. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1041]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs