Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang mengucapkan dalam sehari sebanyak 100 kali

Teks Bahasa Arab

من قالَ في يومٍ مئةَ مرَّةٍ : ((لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ الحقُّ المبينُ)) كانَ لهُ أمانًا منَ الفقرِ، واستجلَبَ بهِ الغنى، وأمنَ من وحشةِ القبرِ، واستقرعَ بابَ الجنَّةِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang mengucapkan dalam sehari sebanyak 100 kali: 'Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Yang Maha Benar Lagi Maha Nyata', dia akan terselamat daripada kefakiran, dia mendapatkan kekayaan dengannya, terselamat daripada kedahsyatan kubur dan (dengannya) dia dapat mengetuk pintu syurga.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1458, hadis no. 7422. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن علي بن أبي طالب - رضي الله عنه -، قال: قال النبي ﷺ: ((من قال في يوم مئة مرة: ((لا إله إلا الله الحق المبين)) كان له أماناً من الفقر، واستجلب به الغنى، وأمن من وحشة القبر، واستقرع باب الجنة)). [خط، الماليني في ((الأربعين))، الرافعي، ((الضعيفة)) (3310)]

(Munkar) Daripada Ali bin Abi Talib RA, katanya: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang mengucapkan dalam sehari sebanyak 100 kali: 'Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Yang Maha Benar Lagi Maha Nyata', dia akan terselamat daripada kefakiran, dia mendapatkan kekayaan dengannya, terselamat daripada kedahsyatan kubur dan (dengannya) dia dapat mengetuk pintu syurga. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Malini dalam al-Arba'in, al-Rafi'ei. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3310]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.