Sesiapa yang mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah Yang Satu

TEKS BAHASA ARAB

من قال: أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، إلها واحدا، أحدا صمدا، لم يتخذ صاحبة ولا ولدا، ولم يكن له كفوا أحد – عشر مرات، كتب الله له أربعين ألف ألف حسنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah Yang Satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, Dialah Tuhan Yang Satu, Esa lagi tunggal, Dia tidak memiliki isteri atau anak dan tidak ada yang setara dengan-Nya, sebanyak 10 kali maka Allah akan tuliskan untuknya sebanyak 40 juta pahala kebaikan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1467, hadis nombor 7471. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن تميم الداري – رضي الله عنه – عن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: (( أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، إلها واحدا، أحدا صمدا، لم يتخذ صاحبة ولا ولدا، ولم يكن له كفوا أحد – عشر مرات، كتب الله له أربعين ألف ألف حسنة)). [ت، حم، ((الضعيفة)) (3613)]

(Lemah)
Daripada Tamim al-Dari RA daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: Sesiapa yang mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah Yang Satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, Dialah Tuhan Yang Satu, Esa lagi tunggal, Dia tidak memiliki isteri atau anak dan tidak ada yang setara dengan-Nya, sebanyak 10 kali maka Allah akan tuliskan untuknya sebanyak 40 juta pahala kebaikan.
[Riwayat al-Tirmiẓī dalam Sunannya dan Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3613]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs