Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من، قال: أشهدُ أن لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له، إلهًا واحدًا، أحدًا صمدًا، لم يَتَّخِذْ صاحبةً ولا ولدًا، ولم يكن له كُفُوًا أحدٌ – عَشْرَ مراتٍ، كتب اللهُ له أربعينَ ألفَ ألفِ حسنةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah Yang Satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, Dialah Tuhan Yang Satu, Esa lagi tunggal, Dia tidak memiliki isteri atau anak dan tidak ada yang setara dengan-Nya, sebanyak 10 kali maka Allah akan tuliskan untuknya sebanyak 40 juta pahala kebaikan.
Sahabat Perawi
- Tamim al-Dari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1467, hadis no. 7471. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن تميم الداري - رضي الله عنه - عن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: (( أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، إلها واحدا، أحدا صمدا، لم يتخذ صاحبة ولا ولدا، ولم يكن له كفوا أحد - عشر مرات، كتب الله له أربعين ألف ألف حسنة)). [ت، حم، ((الضعيفة)) (3613)]
(Lemah) Daripada Tamim al-Dari RA daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: Sesiapa yang mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah Yang Satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, Dialah Tuhan Yang Satu, Esa lagi tunggal, Dia tidak memiliki isteri atau anak dan tidak ada yang setara dengan-Nya, sebanyak 10 kali maka Allah akan tuliskan untuknya sebanyak 40 juta pahala kebaikan. [Riwayat al-Tirmiẓī dalam Sunannya dan Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3613]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman