Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ مَثَّلَ بالشَّعْرِ، فليس له عِندَ اللهِ خَلاَقٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mengubah keadaan rambutnya (dengan cara yang tidak dibenarkan), maka dia tidak mendapat sebarang bahagiannya di sisi Allah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 171, hadis no. 855. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: من مثل بالشعر، فليس له عند الله خلاق. [طب، ((الضعيفة)) (421)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Abbas - Raḍiyallāhu ‘anhuma - secara Marfu’: Sesiapa yang mengubah keadaan rambutnya (dengan cara yang tidak dibenarkan) maka dia tidak mendapat sebarang bahagiannya di sisi Allah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 421]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman