Sesiapa yang mengqada solatnya yang fardu pada akhir hari Jumaat daripada bulan Ramadan

TEKS BAHASA ARAB

من قضى صلوات من الفرائض في آخر جمعة من رمضان كان ذلك جابرا لكل صلاة فائتة من عمره إلى سبعين سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengqada solatnya yang fardu pada akhir hari Jumaat daripada bulan Ramadan, itu akan menggantikan setiap solat yang ditinggalkan sepanjang umurnya sehingga 70 tahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 84-85. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيثُ مَنْ قَضَى صَلَوَاتٍ مِنَ الْفَرَائِضِ فِي آخِرِ جُمُعَةٍ مِنْ رَمَضَانَ كَانَ ذَلِكَ جَابِرًا لِكُلِّ صَلاةٍ فَائِتَةٍ مِنْ عُمْرِهِ إِلَى سَبْعِينَ سَنَةً قَالَ عَلِيٌّ الْقَارِّيُّ فِي مَوْضُوعَاتِهِ الصُّغْرَي وَالْكُبْرَي بَاطِلٌ قَطْعِيًّا لأَنَّهُ مُنَاقِضٌ للإِجْمَاعِ عَلَى أَنَّ شَيْئًا مِنَ الْعِبَادَاتِ لَا يَقُومُ مَقَامَ فَائِتِةِ سَنَوَاتٍ ثُمَّ لَا عِبْرَةَ بِنَقْلِ صَاحِبِ النِّهَايَةِ وَلا بَقِيَّةَ شُرَّاحِ الْهِدَايَةِ لأَنَّهُمْ لَيْسُوا مِنَ الْمُحَدِّثِينَ وَلا أَسْنَدُوا الْحَدِيثَ إِلَي أَحَدٍ من المخرجين انْتهى.
وَذكره الشَّوْكَانِيُّ فِي الْفَوَائِدِ الْمَجْمُوعَةِ فِي الأَحَادِيثِ الْمَوْضُوعَةِ بِلَفْظِ مَنْ صَلَّى فِي آخِرِ جُمُعَةٍ مِنْ رَمَضَانَ الْخَمْسَ صَلَوَاتٍ الْمَفْرُوضَةِ فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَة قَضَت عَنْهُ مَا أَخَلَّ بِهِ مِنْ صَلاةِ سَنَةٍ.
وَقَالَ هَذَا مَوْضُوع بِلَا شكّ وَلم أَجِدهُ فِي شَيْء من الْكتب الَّتِي جمع مصنفوها فِيهَا الْأَحَادِيث الْمَوْضُوعَة وَلَكِن اشْتهر عِنْد جمَاعَة من المتفقهة بِمَدِينَة صنعاء فِي عصرنا هَذَا وَصَارَ كثير مِنْهُم يَفْعَلُونَ ذَلِكَ وَلَا أَدْرِي من وضع لَهُم. فقبح الله الْكَذَّابين انْتهى.
وَقَالَ الْعَلامَة الدهلوي فِي رسَالَته العجالة النافعة عِنْد ذكر قَرَائِن الْوَضع الْخَامِس أَن يكون مُخَالفا لمقْتَضى الْعقل وَتكَذبه الْقَوَاعِد الشَّرْعِيَّة مثل الْقَضَاء الْعمريّ وَنَحْو ذَلِكَ انْتهى معربا.
قلت وَقد ألفت لإِثْبَات وضع هَذَا الحَدِيث الَّذِي يُوجد فِي كتب الأوراد والوظائف بِأَلْفَاظ مُخْتَلفَة مختصرة ومطولة بالدلائل الْعَقْلِيَّة والنقلية رِسَالَة مُسَمَّاة بردع الأخوان عَن محدثات آخر جُمُعَة رَمَضَان وأدرجت فِيهَا فَوَائِد تنشط بهَا الأذهان وتصغي إِلَيْهَا الآذان فلتطالع فَإِنَّهَا نفيسة فِي بَابهَا رفيعة الشَّأْن.

Hadis:
مَنْ قَضَى صَلَوَاتٍ مِنَ الْفَرَائِضِ فِي آخِرِ جُمُعَةٍ مِنْ رَمَضَانَ كَانَ ذَلِكَ جَابِرًا لِكُلِّ صَلاةٍ فَائِتَةٍ مِنْ عُمْرِهِ إِلَى سَبْعِينَ سَنَةً
Sesiapa yang mengqada solatnya yang fardu pada akhir hari Jumaat daripada bulan Ramadan, itu akan menggantikan setiap solat yang ditinggalkan sepanjang umurnya sehingga 70 tahun.
Ali al-Qari berkata di dalam kitabnya al-Mawdu’at al-Sughra dan al-Kubra bahawa ia ialah hadis yang batil secara pasti kerana ia bertentangan dengan ijmak, bahawa setiap ibadah itu tidak akan menggantikan tempat ibadat lain yang ditinggalkan bertahun-tahun, kemudian tidak ada faedahnya dengan nukilan penulis al-Nihayah (terhadap hadis ini) dan juga nukilan para penghurai kitab al-Hidayah kerana mereka bukanlah daripada kalangan ahli hadis dan mereka tidak menyandarkan hadis itu kepada siapa yang mengeluarkannya (dengan sanad). Selesai.
Al-Shawkani telah menyebut di dalam al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Mawdu’ah dengan lafaz: Sesiapa yang solat di akhir hari Jumaat pada bulan Ramadan sebanyak lima solat fardu pada hari dan malam tersebut akan menggantikan ke atasnya apa yang dia telah tinggalkan pada tahun tersebut. Kemudian dia berkata: Ini ialah hadis yang palsu tanpa syak dan aku tidak mendapatinya dalam kitab yang pengarangnya menghimpunkan hadis-hadis yang palsu tetapi dia masyhur di sisi sebahagian orang yang mendalami ilmu di kota Sana’a pada zaman kita ini. Kebanyakan mereka telah melakukannya dan aku tidak tahu siapa yang memalsukannya untuk mereka. Semoga Allah memburukkan pendusta-pendusta mereka.
Al-Allamah al-Dahlawi berkata di dalam risalahnya al-Ujalah al-Nafi’ah ketika menyebutkan bukti-bukti kepalsuan yang kelima iaitu, hadis itu bercanggah dengan akal dan ia juga bertentangan dengan kaedah syarak seperti qadha umur (hadis ini) dan sebagainya. Selesai.
Aku berkata: Sesungguhnya aku telah menulis satu risalah bagi membuktikan kepalsuan hadis ini yang mana ia dijumpai di dalam buku-buku berkaitan wirid-wirid atau amalan-amalan dengan lafaz yang berbeza secara ringkas dan panjang dengan dalil-dalil akal dan juga dalil naqli (wahyu). Risalah itu dinamakan Rad’i al-Ikhwan ‘An Muhdathat Akhir Jum’ah Ramadan. Dan aku telah kepilkan padanya faedah-faedah yang boleh menguatkan akal-akal dan telinga-telinga mendengar maka perhatikanlah, kerana ia bernilai pada babnya dan tinggi kedudukannya.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs