Sesiapa yang mengqada solat fardu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من قضى صلاة من الفرائض في آخر جمعة من شهر رمضان كان ذلك جابرا لكل صلاة فاتته في عمره إلى سبعين سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang mengqada solat fardu yang ditinggalkan pada akhir jumaat daripada Ramadan, maka yang demikian itu melunaskan solat yang ditinggalkan sepanjang umurnya hingga ke 70 tahun.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 197, hadis nombor 614. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

باطل إجماعا، قال علي قاري: ولا عبرة بنقل [صاحب] النهاية، ولا بقية شراح الهداية فإنهم ليسوا من المحدثين، ولا أسندوا الحديث إلى أحد من المخرجين.

Batil secara ijmak. Ali Qari berkata: Tidak diendahkan walaupun penulis kitab al-Nihayah dan para pensyarah kitab al-Hidayah menyebutnya kerana sesungguhnya mereka bukan ahli hadith. Mereka juga tidak menyandarkannya kepada mana-mana ahli hadith yang meriwayatkan hadith ini.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs