Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: من قضى صَلَاة من الْفَرَائِض فِي آخر جُمُعَة من شهر رَمَضَان كَانَ ذَلِك جَابِرا لكل صَلَاة فَاتَتْهُ فِي عمره إِلَى سبعين سنة.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Sesiapa yang mengqada solat fardu yang ditinggalkan pada akhir jumaat daripada Ramadan, maka yang demikian itu melunaskan solat yang ditinggalkan sepanjang umurnya hingga ke 70 tahun.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 197, hadis no. 614. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
باطل إجماعا، قال علي قاري: ولا عبرة بنقل [صاحب] النهاية، ولا بقية شراح الهداية فإنهم ليسوا من المحدثين، ولا أسندوا الحديث إلى أحد من المخرجين.
Batil secara ijmak. Ali Qari berkata: Tidak diendahkan walaupun penulis kitab al-Nihayah dan para pensyarah kitab al-Hidayah menyebutnya kerana sesungguhnya mereka bukan ahli hadis. Mereka juga tidak menyandarkannya kepada mana-mana ahli hadis yang meriwayatkan hadis ini.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman