Sesiapa yang mengkhatamkan amalannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من ختم عمله، فلم يرضخ لقرابته ممن لم يرثه؛ ختم عمله بمعصية. قال ابن مسعود: اقرأوا إن شئتم: {وإذا حضر القسمة أولو القربى} الآية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengkhatamkan amalannya, dan tidak memberi kepada kerabatnya daripada kalangan mereka yang tidak mewarisinya, maka amalannya akan ditutup dengan maksiat.” Ibn Mas‘ūd telah berkata: “Bacalah sekiranya kamu mahu: ‘Dan apabila hadir pada waktu pembahagian itu kaum kerabat’ [al-Nisā’ ayat 8].

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 116, hadis nombor 598. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن عبدالله بن مسعود – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: من ختم عمله، فلم يرضخ لقرابته ممن لم يرثه؛ ختم عمله بمعصية. قال ابن مسعود: اقرأوا إن شئتم: {وإذا حضر القسمة أولو القربى} الآية.
[ابن جميع في ((معجم الشيوخ))، ((الضعيفة)) (5689)]

(Munkar)
Daripada Abdullah ibn Mas‘ūd RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengkhatamkan amalannya, dan tidak memberi kepada kerabatnya daripada kalangan mereka yang tidak mewarisinya, maka amalannya akan ditutup dengan maksiat.” Ibn Mas‘ūd telah berkata: “Bacalah sekiranya kamu mahu: ‘Dan apabila hadir pada waktu pembahagian itu kaum kerabat’ [al-Nisā’ ayat 8].
[Riwayat Ibn Jamī‘ dalam Mu‘jam al-Shuyūkh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5689]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.