Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ خَتَمَ عملَهُ، فلم يرْضَخْ لقرابَتِهِ ممنْ لم يَرِثْهُ؛ خُتِمَ عملُه بمعصية. قال ابن مسعود: اقرأوا إن شئتم: {وإذا حضر القسمة أولو القربى} الآية.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mengkhatamkan amalannya, dan tidak memberi kepada kerabatnya daripada kalangan mereka yang tidak mewarisinya, maka amalannya akan ditutup dengan maksiat.” Ibn Mas‘ūd telah berkata: “Bacalah sekiranya kamu mahu: 'Dan apabila hadir pada waktu pembahagian itu kaum kerabat' [al-Nisā’ ayat 8].
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas‘ūd RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 116, hadis no. 598. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبدالله بن مسعود - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: من ختم عمله، فلم يرضخ لقرابته ممن لم يرثه؛ ختم عمله بمعصية. قال ابن مسعود: اقرأوا إن شئتم: {وإذا حضر القسمة أولو القربى} الآية. [ابن جميع في ((معجم الشيوخ))، ((الضعيفة)) (5689)]
(Munkar) Daripada Abdullah ibn Mas‘ūd RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengkhatamkan amalannya, dan tidak memberi kepada kerabatnya daripada kalangan mereka yang tidak mewarisinya, maka amalannya akan ditutup dengan maksiat.” Ibn Mas‘ūd telah berkata: “Bacalah sekiranya kamu mahu: 'Dan apabila hadir pada waktu pembahagian itu kaum kerabat' [al-Nisā’ ayat 8]. [Riwayat Ibn Jamī‘ dalam Mu‘jam al-Shuyūkh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5689]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman