Sesiapa yang mengkafankan jenazah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من كفن ميتا فله بكل شعرة تصيب كفنه عشر حسنات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang mengkafankan jenazah, maka bagi setiap rambut yang mengenai kafannya akan ditulis 10 pahala untuknya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 199, hadis nombor 620. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن قيم الجوزية: ومن ذلك – أي: الموضوع – ما رواه أبو العلاء، عن نافع، عن ابن عمر يرفعه، وأبو العلاء: يروي عن نافع ما ليس [من] حديثه، ولا يجوز الاحتجاج به.

Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata: Termasuk hadith palsu ialah apa yang diriwayatkan oleh Abu al-‘Ala daripada Nafi’ daripada Ibn Umar secara marfu’. Abu al-‘Ala sering meriwayatkan daripada Nafi’ hadith-hadith yang bukan miliknya. Tidak boleh berhujah dengannya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs