Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang mengingati Allah, lalu matanya dipenuhi dengan air mata kerana takutkan Allah

Teks Bahasa Arab

من ذكرَ اللهَ، ففاضتْ عيناهُ منْ خشيةِ اللهِ حتى يصيبَ الأرضَ مِنْ دموعِهِ؛ لمْ يعذبْهُ اللهُ تعالى يومَ القيامةِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang mengingati Allah, lalu matanya dipenuhi dengan air mata kerana takutkan Allah sehingga bercucuran air matanya itu ke tanah, maka Allah SWT tidak akan mengazabnya pada hari kiamat.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2033, hadis no. 10230. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعاً: من ذكر الله، ففاضت عيناه من خشية الله حتى يصيب الأرض من دموعه؛ لم يعذبه الله تعالى يوم القيامة. [ك، ((الضعيفة)) (4594)]

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’: Sesiapa yang mengingati Allah, lalu matanya dipenuhi dengan air mata kerana takutkan Allah sehingga bercucuran air matanya itu ke tanah, maka Allah SWT tidak akan mengazabnya pada hari kiamat. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4594]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.