Sesiapa yang mengimpikan untuk hidup dengan kehidupanku

TEKS BAHASA ARAB

من سره أن يحيا حياتي، ويموت ميتتي، ويتمسك بالقصبة الياقوتة التي خلقها الله بيده، ثم قال لها: كوني فكانت؛ فليتول علي بن أبي طالب من بعدي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengimpikan untuk hidup dengan kehidupanku, mati dengan kematianku dan berpegang dengan seruling dari batu delima yang Allah telah ciptakan dengan tangan-Nya, kemudian Dia berfirman: “Jadilah" maka ia terjadi, maka hendaklah dia melantik ‘Ali bin Abi Talib selepas kewafatanku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1789, hadis nombor 9011. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن حذيفة – رضي الله عنه – مرفوعاً: «من سره أن يحيا حياتي، ويموت ميتتي، ويتمسك بالقصبة الياقوتة التي خلقها الله بيده، ثم قال لها: كوني فكانت، فليتول علي بن أبي طالب من بعدي». [حل، «الضعيفة» (893)].

(Palsu) Daripada Huzaifah RA, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang mengimpikan untuk hidup dengan kehidupanku, mati dengan kematianku dan berpegang dengan seruling dari batu delima yang Allah telah ciptakan dengan tangan-Nya”, kemudian Dia berfirman: “Jadilah" maka ia terjadi, maka hendaklah dia melantik ‘Ali bin Abi Talib selepas kewafatanku.” [Riwayat Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 893]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs