Sesiapa yang mengimpikan untuk hidup dengan kehidupanku, mati dengan kematianku

TEKS BAHASA ARAB

من سره أن يحيا حياتي، ويموت مماتي، ويسكن جنة عدن غرسها، ربي فليوال عليا من بعدي، وليوال وليه، وليقتد بالأئمة من بعدي، فإنهم عترتي خلقوا من طينتي، رزقوا فهما وعلما، وويل للمكذبين بفضلهم من أمتي، القاطعين فيهم صلتي، لا أنالهم الله شفاعتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengimpikan untuk hidup dengan kehidupanku, mati dengan kematianku dan dapat menghuni syurga ‘Adn yang ditetapkan Tuhanku, hendaklah dia melantik (sebagai pemimpin) Ali selepas ketiadaan aku dan melantik walinya (penggantinya). Hendaklah dia ikut para imam selepas ketiadaan aku. Sesungguhnya mereka itu pewarisku, diciptakan dari tanah yang aku diciptakan serta diberikan kefahaman dan ilmu. Celakalah bagi puak yang mendustakan kelebihan mereka dari umatku dan yang memutuskan hubunganku dengan mereka. Allah tidak akan memberikan mereka syafaatku nanti.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1789, hadis nombor 9010. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنها- مرفوعاً: «من سره أن يحيا حياتي، ويموت مماتي، ويسكن جنة عدن غرسها ربي، فليوال علياً من بعدي، وليوال وليه، وليقتد بالأئمة من بعدي، فإنهم عترتي، خلقوا من طينتي، رزقوا فَهْمًا وعِلمًا، وويل للمكذبين بفضلهم من أمتي، القاطعين فيهم صلتي، لا أنالهم الله شفاعتي»، [حل، «الضعيفة» (894)].

(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang mengimpikan untuk hidup dengan kehidupanku, mati dengan kematianku dan dapat menghuni syurga ‘Adn yang ditetapkan Tuhanku, hendaklah dia melantik (sebagai pemimpin) Ali selepas ketiadaan aku dan melantik walinya (penggantinya). Hendaklah dia ikut para imam selepas ketiadaan aku. Sesungguhnya mereka itu pewarisku, diciptakan dari tanah yang aku diciptakan serta diberikan kefahaman dan ilmu. Celakalah bagi puak yang mendustakan kelebihan mereka dari umatku dan yang memutuskan hubunganku dengan mereka. Allah tidak akan memberikan mereka syafaatku nanti.” [Riwayat Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 894]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs