Sesiapa yang mengikuti Kitab Allah, Allah berikan petunjuk kepadanya

TEKS BAHASA ARAB

من اتبع كتاب الله؛ هداه الله من الضلالة، ووقاه سوء الحساب يوم القيامة، وذلك أن الله يقول: {فمن اتبع هداي فلا يضل ولا يشقى}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengikuti Kitab Allah, Allah berikan petunjuk kepadanya daripada kesesatan dan memeliharanya dalam keburukan hisab pada hari kiamat, demikian itu, Allah berfirman: Maka sesiapa yang mengikut petunjukku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara, [Surah Taha ayat 123].

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1278, hadis nombor 6549. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من اتبع كتاب الله؛ هداه الله من الضلالة، ووقاه سوء الحساب يوم القيامة، وذلك أن الله يقول: {فمن اتبع هداي فلا يضل ولا يشقى}.
[طب، ((الضعيفة)) (4531)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesiapa yang mengikuti Kitab Allah, Allah berikan petunjuk kepadanya daripada kesesatan dan memeliharanya dalam keburukan hisab pada hari kiamat, demikian itu, Allah berfirman: Maka sesiapa yang mengikut petunjukku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara, [Surah Taha ayat 123].
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (4531)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs